Muzium Taiping
The Malay College Kuala Kangsar
The infamous Prawn Mee
VENUE: SERATAS, TAIPING
DATE: 16 - 19 JUN 2011
DATE: 16 - 19 JUN 2011
Isnin: Izan dtg tanye samada faz dh bgtau aku kene iring budak netbol ke Taiping. Aku cakap tak ade cakap ape-ape lagi. Dia tak boleh ikut Faz sebab suami kena g sabah so tak de orang nak jaga anak. Aku kate takpelah kalau macam tu. Yang peliknya, Faz datang bercakap dgn azwar, sepatah apepun tak sebut pasal pergi taiping ni. confused la! Aku bukannye nak sangat ikut kau tapi suka ke tidak, kau kena orang lainla kalau Izan dah ade alasan tak nak tinggal anak dia dengan pengasuh macam kau buat tu. Siape lagi yang tinggal? Takkan kau nak suruh mak buyung tu pulak pergi? Siap cakap aku macam taknak pergi, aku bukan macam taknak pergi, Memang aku taknak pergi pun tapi kalau kerja kate kena pergi, aku pergi jelah..Kate tak ape, aku boleh pergi sorang tapi aku tanya ape aku kena buat, senarai kerja punyela panjang berjela. Itu kate nak pergi sorang?
Setelah segala kekusutan terlerai, aku buatla kerja2 yang aku kena buat, kami pun naik bas SEMESTA di hentian Bentong Timur selepas 2jam setengah perjalanan dengan bas IKM. Budak2 yang terpilih memang budak yang lemah akademik tapi boleh berlari dan berjaya menawan hati jurulatih sekolah kami. Berhenti makan dan jamak solat di hentian Tapah. Akhirnye sampai di sekolah tuan umah pada pukul 530pm. Ade ke patut kena tido satu dorm dengan budak???? Sungguh tak sesuai!!!!
Malamnye ade majlis perasmian di Dewan Besar. Patutnye pengurus la naik ambik souvenir tapi faz tak faham kot ape MC tu cakap, mulalah gelabah pasal dia pakai selipar toilet. Tapi melihatkan keghairahannya untuk naik stage, aku pinjamkanlah sandal aku tu. Lepas tu, kene berhimpit dalam bilik mesyuarat dengan pengadil. Ade ke patut suruh pengurus jage scoreboard, sape suruh 30 org je student stay jadi ajk? Pengadil kena duk asingla baru boleh budak ramai jadi pembantu. Modal sikitla untuk kelancaran program. Kita tengok jelah esok.
Game pertama pukul 945am, kalah.
Game kedua pukul 1100am, kalah.
Game ketiga pukul 1215tghri, menang.
Faz kate hani sepatutnye turun dari game sebab dye dh ade chemistry dgan farahiyah. kalau kau dh tau benda tu awal2, kenape tak turunkan budak tu awal2? Aku tanyela, "abis kalau hani turun, tehah nak main posisi mane?" Faz cuma mampu tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanye. Maknenye kawan-kawan: budak kesayangan Faz tu cuma akan memanaskan bangku simpanan kerana dye tak ade tempat dalam gelanggang. Kenape kau bawak jugak budak tu, Faz?
Malamnye budak2 pergi night safari yang terletak lbh krg 10 min perjalanan dengan kaki dari sekolah ni. Aku malas nak meletihkan diri lagipun dieorg mungkin balik pukul 11 lebih. Esok pun nak jalan2 lagi. Pukul 10, kami dijangka bertolak ke muzium dan kawasan sekitar. Tapi tetibe tukar pukul 11 pulak. Tunggu jelah tapi mase tu pusingan 2 dah abis jadi banyak sekolah nak ikutla kan. Mula2 kami naik bas Tuanku Munawir, tetibe Kak Lela nampak bas sekolah dia so dia dgn Mira decide nak bawak budak2 dia tukar bas. Faz pun sibuk turun walaupun bas sekolah kak Lela dah nampak tapi aku nampak ade budak turun so maybe kami akan tukar bas.
Silap! Alangkah terkejut kami bila dlm bas tu ade budak SEMSAS. Kami telah menyempitkan bas kak Lela kerana kata Faz, "aku tak kira,sempit pun sempitla, aku cuma boleh masuk dengan kak Lela dan Norzie." Memangla kau tak kisah sebab kita dapat duduk, budak tuan bas yang kena berdiri lebih 45 minit tu tak puas dan budak kite asyik kena sindir tau! Moral of da story: Tengok-tengok dulu bas penuh ke tidak sebelum tinggalkan tempat duduk yang memang kita dah dapat!
Maka, berhimpitla kami seramai 50orang dalam bas yang cuma memuatkan 40 org itu dek kerana kekhilafan jurulatih pasukan kami sendiri. Kami telah dibawa:
1) melintas di depan pintu pagar Muzium Taiping,
2) melihat Istana Bukit Chandan dari dalam bas,
3) mengambil beberapa keping gambar di dalam kawasan masjid Ubudiyyah, dan
4) menikmati cuaca panas pekan Kuala Kangsar (di dalam bas kak Lela).
Lepas tu, kami pun balik dengan harapan boleh makan tengahari di dewan makan sebab kami dah bayar. Alih2 cikgu yang jadi ajk makanan kate tak boleh sebab dah pukul 330. Sape suruh tukar plan pukul10 jadi 1130? Kate sekitar Taiping tapi pergi merayau KK? Labu sayong pun tak nampak! Setelah bersoal jawab, kami bolehla makan sambil mulut membebel lapar. Itupun siap janji dengan driver sekolah kak Leha untuk pergi makan mee udang di Kuala Sepetang 430ptg. Faz kate tak nak bawak budak sebab dieorg mungkin takde duit tapi aku pikir kite patut biar dieorg decide sendiri sebab memang 3 sekolah je sekarang ni. Lagipun, dieorg boleh share, takat nak berjalan dan merasa mee udang yang terkenal tu. Bukan duit kiteorg pun!
Tepat 430, kami pun bertolak ke KS. Agak jauh perjalanannya, siap salah jalan sebab pakcik driver ni baik, 2 hari kat sini dia tak ikut kawan2 driver dia pergi mkn mee udang tu. Tapi sebab ade rezki kami nak makan mee udang tu, sampailah ke kedai Mak Uteh pukul 530ptg. Aku memang stay dengan budak n aku tak pakse Faz duk sekali tapi itu keputusan dia. Aku nak tengok tv je!
Ade 3 pilihan mee:1) mee udang banjir,rm6-udang ternak
2)mee udang banjir,rm10-udang laut saiz kecil 7/8 ekor
3)mee udang banjir,rm12-udang laut saiz besar 6 ekor
Yang lain macam nasi goreng udang, mee/bihun/kuewtiow goreng udang pun ade tapi itu bukan tarikan utama kat sinila.
Lagi best, astro buat siaran ulangan Konsert AF Akhir, memang aku tak silap stay dengan budak. Makan dengan selera yang terbuka sebelum bertolak balik pada pukul 630ptg.
830 malam-majlis makan malam di dewan makan.
Faz sibuk nak ciao bile jurulatih2 lain pun blah. Tak glamorla ambik sijil kat dewan makan. Walaupun menu standard nasi beriyani tapi dewan makan takkan jadi dewan besar sampai bila-bila. Beraturla kami tunggu turn nak ambil sijil, alih2 sijil penyertaan je dalam sampul besar tu. Sangat menyedihkan!
830pg-final antara KUSESS-TKC. Kalau mase final basketball aritu MCKK siap bawak penyokong 2 bas, KUSESS pun bawak penyokong seramai 40 org. Memang berbaloi plus dieorg dapat gol pertama dan kekal mendahului. Sengit dengan keputusan muktamad 14-13. Sebenarnya, kiteorg patut gerak balik je pagi ni sebab majlis penutup juz nak bagi piala kepada pemenang dan naib juara. Tapi disebabkan kami ni menumpang, terpaksalah tunggu hingga ke hujung rancangan. Pukul 1230 baru gerak kuar dari pagar sekolah dan berhenti makan di hentian Tapah pukul 230ptg sebab cikgu SEMESTA ade janji dengan kawan dia di situ. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Bentong sebab Che Mi tunggu kami di sana. Pukul 630ptg, kami pun menuruni tangga bas SEMESTA untuk menaiki bas yang telah setia menunggu. Dinner di Temerloh pukul 830 mlm dan semua duit makan telah diserahkan kepada para pemain.
1100mlm-Selamat sampai di umah yang tak berapa sweet n tido.
No comments:
Post a Comment